Sejarah Penubuhan Kolej_Universiti_Islam_Zulkifli_Muhammad

KUIZM mula dibangunkan pada 14 Mac 2010 di atas bekas tapak Markaz Tarbiyyah PAS Pusat di Taman Melewar, Gombak yang telah melahirkan ribuan tokoh dan figura hebat di persada nasional dan antarabangsa. Pelancaran bersejarah ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Guru Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK) telah menguruskan penubuhan KUIZM sebelum dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Lembaga Pengarah KUIZM sehingga hari ini. KUIZM yang mempunyai sistem akademik tersendiri yang dikendalikan oleh tenaga akademik daripada pensyarah berpengalaman dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang masing-masing.